Skip to main content

CARA-CARA PENJAGAAN KASUT YG BETUL

Kasut merupakan pelengkap penampilan seharian kita. Oleh itu, penjagaan kasut adalah sangat penting. Ikuti tip penjagaan kasut yang betul agar kasut anda kelihatan cantik sentiasa.
Jika kasut didapati basah atau sebagainya, biarkan sepatu kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
Kotak kasut yang bersusun di pintu hadapan rumah mahupun di dalam bilik tidur mungkin mencacatkan kekemasan di rumah. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda membeli ‘pokok kasut’ yang dapat menggantung kesemua koleksi kasutmu. Ini membolehkan kasut ‘bernafas’ dengan lebih baik.
Elak menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput.
Anda perlu tahu jenis kasut dan kesesuaiannya ke majlis yang anda tuju. Jangan pakai kasut kulit untuk perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya.
Jangan longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.
Jika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan ia menjadi kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan sepatu.
Melenturkan kaki ketika memakai kasut kulit adalah perkara yang tidak digalakkan. Ini akan menyebabkan kesan lipatan dan garisan pada bahagian depan kasut.
Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.
Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
Letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekali gus menjadikan bau kasut lebih segar.
Kasut berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan kualiti dan tidak rosak cepat. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi menjadikan ia kasut yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai.
Ketika mengilatkan kasut kulit, berus dalam arah mebulat dan kasar. Jangan terlalu berlembut bagi memberi kilatan yang kemas dan cantik.
Bagi kasut kulit, sering kilatkan ia bagi memberi perlindungan yang lebih baik. Ini dapat mengelakkan kasut daripada reput.
Tidak digalakkan memakai kasut yang sama setiap hari kerana ia mudah lusuh dan berbau juga tiada kelainan dalam penampilan anda sehari-hari ke tempat kerja.
Kasut yang diperbuat daripada fabrik ataupun kanvas boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Letak gumpalan surat khabar lama di dalam kasut bagi mengekalkan bentuknya ketika kasut itu mengering.
Kasut jenis baldu kalis air tidak boleh dibersihkan dengan berus yang kasar. Guna berus lembut dan gosok perlahan-lahan. Sifatnya yang sensitif amat mudah terkoyak dan rosak.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perbezaan Kasut Gred

PERBEZAAN GRED!! Assalamualaikum. Gred A = Gred paling low dan paling murah. Barang dari gred ni diCopy dari design original hanya dalam 10% shj. Kadang2 ade yg xnampak mcm design yang ditiru dari ori langsung. Kebiasaannya gred ni dari kilang2 thailand, China pon ada tp jarang2. Harga market biasa brg gred ni dari rm10-rm50 bergantung pada barang. Gred AA = Gred ok la. Yg cust ramai mampu milik dari segi harga dan design yg ok. Barang dari gred ni diCopy dari design original hanya dalam 40% shj. Biasa market harga xlebih rm100 dari gred ni bergantung pada brg. Gred 3A = Gred pertengahan. Gred yang biasa paling ramai seller jual dari pape brg pon. Gred yang cantik dah. Barang dari gred ni diCopy dari design original dalam 70%. Harga market biasanya xlebih rm150 bergantung pada jenis barang. Ade jgk barang yang sampai rm200. Gred 5A = Gred Yang stakat ni Jarang2 seller jual. Sbb beza brg dan harga sikit je dari gred 1:1. Barang dari gred ni diCopy dari design original dalam 85...